Pages

16 May 2010

Cikgu oh Cikgu

Baru-baru ini aku mendapat panggilan dari seseorang yang sangat aku cintai dan rindui. Terasa berbunga-bunga hati ini apabila mendengar suara beliau. Sebaik sahaja selesai bertanya khabar, beliau meneruskan niat beliau menelefon aku. Beliau sangat sedih pada hari itu kerana ada seorang pelajar beliau menuduh beliau menghina keluarga pelajar tersebut dan ibubapa pelajar tersebut telah membuat laporan polis dan ingin menyaman beliau. Beliau yang aku sayangi itu tidak mengetahui punca sebenar mengapa parents pelajar terbabit mengatakan beliau menghina mereka.

Pada zaman aku bersekolah dahulu, kalau seorang cikgu memarahi aku semestinya akan aku simpan perkara tersebut dari pengetahuan ibubapa aku kerana mereka akan memarahi aku kembali. Tetapi pada hari ini, cikgu pula yang disalahkan sekiranya mereka menegur anak-anak didik mereka. Ada juga ibubapa yang terlalu sayangkan anak mereka sehingga sanggup menampar cikgu yang merotan anak mereka. Padahal, mereka tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh anak mereka di sekolah. Mereka hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Berbalik kepada cerita beliau yang aku sayangi tadi. Dua hari selepas beliau menerima surat saman, beliau ke sekolah seperti biasa. Tetiba ada satu pengumuman memanggil semua guru untuk berhimpun di tapak perhimpunan. Nama beliau dipanggil untuk ke pentas dan kelihatan parents pelajar terbabit juga berada disitu. Kemudian, ibu pelajar itu mengambil microphone dan berkata,

"Maafkan kami Teacher R********, kami hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Sebenarnya anak kami ini yang telah memburukkan nama Teacher supaya dia tidak dimarahi kerana masalah yang dia timbulkan di sekolah. MAAFKAN KAMI"

Orang sudah minta maaf, tentulah beliau maafkan mereka dan beliau amat bersyukur kerana ibubapa pelajar tersebut telah menarik balik saman mereka terhadap beliau. Beliau sangat terharu dengan permohonan maaf dari ibubapa pelajar terbabit sehinggakan beliau menangis ketika bercakap dengan aku dan ketika beliau memasak tadi. Tetiba terasa over pula reaksi beliau ini. Macam-macam yang berlaku pada hari ini. Pengorbanan cikgu telah disalah erti. Ada juga sesetengah cikgu yang memang tidak berdedikasi tetapi bukan semua cikgu begitu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

~I LOVE MY CIKGUs~