Pages

08 April 2010

|| Patient's Compliance ||

Patient's compliance adalah perkataan yang sentiasa dititik beratkan oleh seorang pegawai Farmasi, tidak kira dari skop hospital atau industri. Perkataan ini melambangkan sejauh mana pesakit mereka mematuhi dan memahami arahan untuk mengambil ubat. Di Malaysia, kesedaran tentang pentingnya pengambian ubat mengikut sukatan dan waktu yang ditetapkan amat rendah. Ada antara rakyat Malaysia (even pelajar Fakulti Farmasi sendiri) yang tidak pernah menghabiskan sukatan Anti-biotic mereka. Ini akan membawa kepada masalah rintangan bakteria tersebut terhadap ubat yang dibekalkan. Tetapi dalam entri aku kali ini, aku ingin berkongsi satu cerita mengenai seorang pesakit yang sangat mematuhi sukatan dan waktu pengambilan ubat beliau.

Pada satu senja yang permai, seorang cucu memasuki bilik neneknya untuk melihat keadaan neneknya yang baru sahaja lepas menjalani pembedahan mata. Dilihatnya nenek tua itu sedang berbaring di atas katil. Tiba-tiba si nenek bangun dari pembaringan dan segera menuju ke tandas. Si cucu yang dari tadi melihat gelagat neneknya hanya mampu berdiri kaku dengan penuh tanda tanya. Sebaik sahaja si nenek keluar dari tandas, terus si cucu bertanya kepada neneknya. Maka bermulalah perbualan antara mereka berdua.

Cucu yang prihatin : Nape tok (tok adalah panggilan nenek di Terengganu) tetiba je bangun ke tandas? Tak tahan nak buang air ke?

Tok : Eh, tak adelah. Tadi nenek TERTITIS ubat mata tu 2 TITIS tapi doktor cakap letak 1 TITIS je.

Cucu yang prihatin : Jadi apa kaitannya dengan kunjungan tok ke tandas?

Tok : Owh, tok pergi cuci mata dulu. Ni nak letak ubat tu 1 TITIS balik macam yang doktor suruh tu.


p/s : Tiada manusia yang tercedera pada hari kejadian hanya sebilangan kuman dan bakteria yang meninggal dunia setelah mendengar ketawa yang sangat kuat oleh si cucu tersebut.