Pages

21 April 2010

Bunga oh Bunga

Malam ini aku terasa sangat seronok kerana aku berjaya mengingati nama sejenis bunga yang aku rasa agak unik. Pada satu malam itu, aku teringat tentang bunga ini tapi aku lupa apa namanya jadi aku bertanya pada tok joro punye tuan sama ada dia pernah mendengar nama sejenis bunga yang pelik ini. Macam-macam nama yang aku keluarkan, sampai nama cenderawasih pun tersenarai (nama sejenis burung). Akhirnya malam in aku berjaya mengingati nama bunga tersebut iaitu BUNGA BAKAWALI dan jika anda masih ingat ada satu lagu bertajuk Bakawali yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Syura pada suatu ketika dahulu.

Bunga ini memang unik, ada orang kata ia hanya kembang tepat pada jam 12 tengah malam tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya sebab aku tak pernah tunggu untuk melihat evolusi perkembangan bunga tersebut. Umi ada menanam bunga ini di depan rumah kami, dan bunga nya hanya akan tumbuh sekali setahun dan kemudian pokoknya akan mati tapi ia meninggalkan 'anak' jadi tahun hadapan akan tumbuh lagi sekali. Bunga ini sangat harum. Bayangkan, keharuman bunga ini boleh dihidu sampai ke dapur rumah aku (kat bahagian belakang rumah). Di sini ingin aku kongsi gambar bunga BAKAWALI ini dengan anda semua yang diambil dari pokok depan rumah aku.