Pages

12 April 2010

Bila Hati BERKARAT

Abdullah Bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”
Baginda s.a.w ditanya, “ Ya Rasulullah apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda:
Banyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran.”
(Hadith riwayat Baihaqi)

Dosa yang banyak dan tidak mengingati ALLAH akan menyebabkan kita terus leka dan akan menggelapkan hati kita. Dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati dapat membantu kita membersihkan hati yang berkarat. Hati ini ibarat cermin yang akan memantulkan cahaya makrifat seseorang hamba. Jika kabur sekeping hati, maka cahaya makrifat itu tidak dapat dipantulkan dan begitulah sebaliknya. Lantaran itu keinginan untuk melakukan melakukan kebaikan tidak wujud lagi dalam hati yang berkarat, sebaliknya hati itu hanya akan cenderung kearah keburukan. Semoga ALLAH S.W.T menyelamatkan kita daripada keadaan seperti itu.

Keadaan ini telah di bayangkan oleh Al–Quran dalam surah Al-Mutaffifin, ayat 14 yang bermaksud:

“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”

Dalam satu hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda,

“ Aku meninggalkan dua penasihat, satu yang berkata-kata dan satu lagi yang diam. Yang berkata-kata itu ialah Al-Quran yang mulia dan yang diam itu ialah mengingati mati.”

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyucikan hati kita demi mencapai kebahagian kehidupan di dnia dan di akhirat.

Sekian. Sekadar renungan dan peringatan.