Pages

22 October 2011

Walimatul urus

Hari ini ada majlis kahwin lagi. Tapi majlis hari ini tidak memberi kesan yang mendalam terhadap aku. Maksudnya, aku tidaklah terasa seperti ingin menangis atau mengimbau kembali perasaan aku ketika kakak-kakak aku berkahwin dahulu.

Aku musykil dengan satu perkara tentang majlis hari ini. Selepas solat subuh pagi tadi, doa selamat telah dibacakan untuk si pengantin. Doa untuk memberkati perkahwinan mereka sekali lagi dibacakan ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan. Malangnya, selesai sahaja doa dibacakan, acara menepung tawar dimulakan. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan karaoke. Aku mula konfius. Acara-acara ini akan menambahkan keberkatan kah? Aku juga kurius. Apakah tujuan sebenar walimatul urus diadakan?

Semoga ALLAH memberkati kita semua. Semoga pasangan-pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat mereka. Semoga majlis aku di masa akan datang nanti tidak membuat orang lain konfius dan kurius seperti yang aku alami sekarang.


'Bile mase pulok deppang umoh nenek ade bukit?'


KRONIK!!!