Pages

11 December 2010

Ujian ALLAH

Pada suatu hari, seorang pemuda yang macho tetapi tidaklah begitu gagah perkasa telah datang untuk berkenalan dengan aku. Tanpa aku sedari dan aku ketahui, beliau rupa-rupanya telah jatuh hati pada aku. Diriku yang lemah ini tidak mampu menghalangnya dan aku telah menjadi mangsa cinta beliau selama 3 hari. Selepas 3 hari, beliau mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Alhamdulillah, aku panjatkan syukur kehadrat Ilahi atas pemergian beliau dari hidupku. Akan tetapi, sangkaan aku meleset apabila beliau telah berjaya mempengaruhi rakan beliau yang gagah perkasa untuk mendekati aku. Sekali lagi aku lemah dan terus dikuasai pemuda yang gagah itu. Selang beberapa hari, seorang lagi pemuda telah hadir dalam hidupku yang aku rasakan dapat membantu aku untuk keluar dari ujian ALLAH ini dan aku mula berkawan dengan beliau. Malang tidak berbau. Rupa-rupanya, beliau juga sama seperti mereka-mereka diatas malah lebih buruk lagi apabila aku mengetahui bahawa beliau sudah bertunang. Tunang beliau sering menyerang aku dikala malam hari. Dua tiga menjak ni, tunang beliau semakin berani untuk menyerang aku pada siang hari. Ya ALLAH, aku memohon kepada mu, kau sembuhkanlah aku dari penyakit demam, selesema, batuk dan asthma yang sedang mendekati aku sekarang. Engkau kurniakanlah aku kesihatan yang berpanjangan untuk terus berjuang demi agamaMu, Ya ALLAH



p/s:Pemuda pertama- demam, pemuda kedua-selesema, pemuda ketiga- batuk, tunang pemuda ketiga- asthma