Pages

22 December 2010

Teguran seorang anak kecil

Memang fitrah manusia agaknya bahawa mereka yang dewasa akan lebih tergerak hatinya apabila ditegur oleh seorang anak kecil. Apabila seseorang yang sebaya dengannya menegur,maka tidak lain hanya perasaan marah dan dendam yang akan menjalar jiwa. Jadi, disini aku ingin berkongsi pengalaman aku ditegur oleh anak-anak kecil.

Perkara ini berlaku pada minggu lepas ketika aku berada di kampung yang disayangi dan dikasihi. Kewujudan rumah ibu bapa aku di kampung itu membuatkan aku untuk menyayangi kampung itu dengan perasaan yang tiada belah bahagi. Berbalik kepada cerita asal. Sedang seronok aku menangkap gambar anak-anak kecil dihadapanku yang sedang bermain, tetiba mereka mengerumuni aku dan membuat bulatan mengadap aku. Sememangnya aku mula merasa hairan akan tetapi hanya aku diamkan diri aku.

Salah seorang daripada mereka mula bersuara dan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah aku bayangkan bahawa mereka akan terfikir akan kata-kata itu.......

"Cik anjang, nape cik anjang balik kali ni, CIK ANJANG MACAM TAK BEST?"

Tersentak aku mendengar kata-kata itu. Memang aku akui bahawa aku kurang melayan mereka sepanjang kepulangan aku ini tetapi tidak aku sangka mereka menyedari perkara itu. Maafkan Cik Anjang wahai anak-anak ku. Sesungguhnya Cik Anjang sendiri tidak mengetahui jawapan untuk soalan mu itu.