Pages

05 November 2010

KLCC dan Parking-lot-nya

Hari ini,seperti hari-hari sebelumnya, bangun tidur, tunai kan segala kewajipan kepadaNya, mandi, makan, study, me-weng-kan diri, main-main. Ada satu perkara yang berlaku pada hari ini tetapi jarang sekali berlaku pada hari-hari lainnya. Hari ini aku telah ke KLCC bertemankan en TAJ untuk mencari sesuatu yang bagi aku sangat penting untuk menunaikan segala janji dan niat yang ingin aku kotakan.

Bergerak ke KLCC dalam pukul 2.30ptg dan pulang ke rumah 14-8 pada jam 4.00ptg. Begitu banyak masa dihabiskan disana bukanlah kerana aku sengaja menghabiskan masa tersebut. Aku sebenarnya telah tersalah aka tidak menjumpai tempat parking. Aku keliru dengan keadaan parking lot di KLCC dan ini menyebabkan aku berlegar-legar di tempat parking selama 5-7minit. Alhamdulillah kerana aku berjaya mencari jalan pulang dan kredit to 'abang guard' juga kerana aku berjaya meng-konfem-kan kedudukan parking 3C melalui beliau.

Segala barang yang diperlukan telah berjaya dibeli. Tinggal sekarang adalah, bagaimana mekanisma untuk menghulurkan barang-barang tersebut kepada orang yang berhak. Masih dalam siasatan dan perancangan tentang mekanisma tersebut. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.