Pages

05 November 2010

~BLURRR~

Bila hati mula berbicara
Mulut dan seluruh anggota terdiam
Mula memikirkan 'apakah betul kata HATI?'
Jika betul, apa yang perlu dilakukan?

Aku mula terfikir
Adakah setiap langkah yang aku ambil
Keputusannya datang dari AKAL dan HATI
Yang dikurnia oleh Ilahi

Mungkin betul kata mereka
Keputusan kerana NAFSU dan TERBURU-BURU
Akan menyebabkan aku terus HANYUT
Apabila ianya tidak menepati hukum Mu

Aku berdoa semoga keputusan yang dibuat adalah BETUL
Berteraskan AKAL, HATI dan IMAN
Agar aku sentiasa dibawah lindungan Mu
Pimpinlah aku wahai Yang Maha Bijaksana