Pages

02 June 2010

2 situasi 1 motif

Kejadian pertama : Berlaku di kaunter pembayaran ekspres.

Ada seorang pakcik dengan troli yang penuh (memang tersangat lebih dari 10 barang) telah beratur selang beberapa pelanggan lain di hadapan aku. Kami agak bengang dengan tindakan pakcik tersebut yang agak tidak bersivik itu. Tetapi, tindakan juruwang yang menerima pakcik tersebut di kaunter ekspres lebih memilukan hati kami.

Kejadian kedua : Berlaku di kaunter kosmetik yang dijadikan kaunter ekspres.

Sepasang suami isteri dengan troli yang lebih dari 10 barang telah beratur hanya selang seorang peanggan di hadapan aku. Sebaik sahaja tiba giliran mereka, juruwang tersebut refuse untuk melayan mereka. Si suami dengan muka bengang dan malu tetap meletakkan barang-barang mereka di atas kaunter untuk discan tetapi tolak oleh juruwang tersebut. Pelanggan yang berada di belakang mereka (di hadapan aku) terus meletakkan barang beliau di atas kaunter. Dengan muka slumber, juruwang itu terus mengscan barang tersebut. Pasangan tersebut terus beredar dengan muka yang bengang dan malu. Aku sangat kagum dengan tindakan juruwang tersebut dan pelanggan di hadapan aku itu.


p/s: Hormatilah hak orang lain