Pages

25 October 2012

Graduation

Dua tiga hari ini, laman Facebook aku penuh dengan gambar konvo rakan-rakan aku. Tidak kiralah dari UKM mahupun UTP. UTM juga baru sahaja selesai majlis konvokesyen mereke pada minggu lepas. Sebenarnya aku tertanya-tanya, "What's so special about graduation?". Lepas aku tengok gambar-gambar aku berkonvo baru aku sedar, sebenarnya bukan majlis konvokesyen itu yang istimewa tetapi perasaan selepas berkonvo dan kejadian-kejadian sebelum serta selepas berkonvo, itu yang lebih bermakna.

Sehari sebelum majlis konvo

Darwish senyuuuuuum ~


'Terkois'


Baju WAKIL ni xble tunjuk penuh sbb x nak org tiru design =p
KRONIK!!!



p/s: Esok Raya Aidiladha....ERK!!!

06 October 2012

Hilang

Hari ini baru aku tahu macam mana perasaan orang putus cinta. Terlalu sakit rasanya. Tapi menangis pun tiada guna. Jika itu sudah takdir-Nya.

"Ya Allah, jika ia masih milikku Engkau kembalikanlah. Jika tidak, Engkau gantikan dengan yang lebih baik darinya"

KRONIK!!!



p/s: bila sesuatu itu hilang dari genggaman, baru kita sedar akan kehadirannya. Q _Q

01 October 2012

Ketemu

Terima Kasih Ya Allah kerana menemukan ku dengan dirinya. Semoga beliau akan sentiasa bersama dalam perjalanan ini. Dunia & Akhirat. Amiin.

Enggan berpisah
KRONIK!!!



p/s: Hari yang meletihkan....pengsan @_@

25 September 2012

Menghitung Hari

"Kite tepoh catering je la"
"Umi larat lagi nok masok"

The Big Day is coming. Esok, 4 gerombolan akan tiba. Lagi 2 gerombolan akan pulang pada hari Khamis. DUA HARI kemudian perlu ucapkan SELAMAT TINGGAL.

Terowong Putra LRT aka Kelana Jaya Line
KRONIK!!!




p/s: Sibuk cari barang sampai lupa nak mendaftar...haaaiiishh!!!!!!!

18 September 2012

Hujan

Petang tadi hujan. Jadi dua orang budak kecik itu terpaksa melepak dalam rumah sahaja. Bagi mengurangkan kebosanan mereka aku ajaklah mereka main masak-masak dengan aku. Kami buat triffle. Enyel sangat semangat menyusun semua lapisan-lapisan kek dalam bekas. Sayang sangat dengan triffle beliau. Siap pesan kat mama supaya berhati-hati menyimpan triffle beliau dalam peti ais. Hakim pula, belum buat apa-apa sudah habis semua kek dan cocktail dalam bekas beliau.



Triffle buatan Enyel

KRONIK!!!



p/s: Prepare resepi utk esok. In case........

17 September 2012

Kurus

Adam : Tambohlah nasik tu, Afiq. Kuruh kering mu ning.
Aku : Makang banyok sket Afiq.
Adam : Dok payoh kate ke orang lah Cik Anjang, awok pon same je.

Underweight vs Overweight (obese dah kot)

KRONIK!!!


p/s: sunyi rumah tanpa Enyel n Akim n Helmi

13 September 2012

Curi

Ada kes pecah rumah di kampung aku pagi tadi. To be exact, di rumah sebelah rumah aku atau jiran aku. Pencuri berjaya diberkas dengan bantuan jiran-jiran aku tanpa sebarang bergelutan atau adegan pukul- memukul.

"Budok ning bukang setuh kulit kite pong. Ye curi barang kite, kite curi kebebasang ye"

Inilah prinsip salah seorang jiran aku. Tapi sebenarnya, pencuri itu juga telah mencuri kebebasan aku untuk membuka tingkap bilik dan ruang TV tingkat atas serta kebebasan untuk berasa selamat.


Saje je letak gambar berwarna-warni ni

KRONIK!!!



p/s: Selesai perisi durian 14kg untuk buat tempoyak (0.o)