Waktu senja melambangkan siang mula berakhir. Begitu juga hidup manusia. Waktu tua menunjukkan usia yang kian senja
24 August 2013
22 August 2013
Emas
Emas itu mahal
Kerana nilainya
Emas itu cantik
Kerana kemampuannya
Emas itu bahaya
Kerana kuasanya
Masa itu berharga
Kerana kesannya
Masa itu indah
Kerana kenangannya
Masa itu penting
Kerana kehadirannya
Mereka yang mampu menghargai sedetik masa akan berjaya merasai kehebatan seketul emas
KRONIK!!!
19 August 2013
Tiada yang kembali
Perasaan ini
Sama seperti semula
Tiada yang berubah
Tetap terasa gundah
Gundah untuk kembali
Ke tempat that's not belongs to me
Wahai roh
Masuklah ke dalam hati
Kembalilah ke dalam diri
Agar dapat ak meniti
Sisa hidup di sini
06 August 2013
Salam Aidilfitri
Mata tidak mampu untuk tutup
Jantung semakin berdegup kencang
Propanolol sekalipun tidak mampu menenangkan
Jiwa aku yang kian gemuruh
Akan tetapi
Aku suka perasaan ini
Kerana kecelaruan yang dirasai
Mendekatkan aku dengan mereka
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KRONIK!!!
p/s: mohonlah keampunan dari mereka selagi ada masa
30 July 2013
Diri
Nyawa yang dikurnia
Bukan untuk dipersia
Jasad yang disewa
Bukan sekadar dilihat dengan mata
Hidup yang dinikmati
Bukan untuk bangga diri
Mati yang dijanji
Memang sentiasa menanti
Mengapa tidak pernah mensyukuri
Setiap bahagia yang dirasai
Bila ujian sentiasa dicurigai
Membuat manusia hilang nilai diri
Ingatlah hanya Dia yang Maha Berkuasa
Sentiasa berada di dada
Tidak pernah melupa
Pada hambaNya yang sentiasa leka
Jalan itu tidak pernah lurus
KRONIK!!!
p/s: Berapa harga pistol di Malaysia???????
10 March 2013
Tertinggal
Kalau kita lambat, masa akan tinggalkan kita
Terlalu cepat, masa akan berlalu
Ruginya manusia tanpa kita tahu
Kerana kita tidak pernah menghargai masa itu
Masa akan tetap tinggalkan kita
Tetapi memori bersama tetap dibawa
Rindu bukanlah ungkapan untuk dijiwai
Tetapi ia sebuah rasa yang perlu dihargai
KRONIK!!!
p/s: Haiiiilah hati.........
Subscribe to:
Posts (Atom)




