Feeling great as I reached my House but feeling sad as I leave my Home
KRONIK!!!19 August 2013
06 August 2013
Salam Aidilfitri
Mata tidak mampu untuk tutup
Jantung semakin berdegup kencang
Propanolol sekalipun tidak mampu menenangkan
Jiwa aku yang kian gemuruh
Akan tetapi
Aku suka perasaan ini
Kerana kecelaruan yang dirasai
Mendekatkan aku dengan mereka
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KRONIK!!!
p/s: mohonlah keampunan dari mereka selagi ada masa
30 July 2013
Diri
Nyawa yang dikurnia
Bukan untuk dipersia
Jasad yang disewa
Bukan sekadar dilihat dengan mata
Hidup yang dinikmati
Bukan untuk bangga diri
Mati yang dijanji
Memang sentiasa menanti
Mengapa tidak pernah mensyukuri
Setiap bahagia yang dirasai
Bila ujian sentiasa dicurigai
Membuat manusia hilang nilai diri
Ingatlah hanya Dia yang Maha Berkuasa
Sentiasa berada di dada
Tidak pernah melupa
Pada hambaNya yang sentiasa leka
Jalan itu tidak pernah lurus
KRONIK!!!
p/s: Berapa harga pistol di Malaysia???????
10 March 2013
Tertinggal
Kalau kita lambat, masa akan tinggalkan kita
Terlalu cepat, masa akan berlalu
Ruginya manusia tanpa kita tahu
Kerana kita tidak pernah menghargai masa itu
Masa akan tetap tinggalkan kita
Tetapi memori bersama tetap dibawa
Rindu bukanlah ungkapan untuk dijiwai
Tetapi ia sebuah rasa yang perlu dihargai
KRONIK!!!
p/s: Haiiiilah hati.........
28 January 2013
Journey to the West
Tidak lama lagi aku akan berjalan ke Barat. Ingin melepaskan rindu tapi masih tidak mampu mengurangkan rindu aku pada mereka berdua. Kehidupan di sini tidaklah begitu susah. Sama saja seperti kehidupan aku semasa di UKM, tapi tanpa Cyclonians la. Aku akan tinggalkan segalanya di sini untuk sementara waktu. Bila aku kembali ke Timur nanti barulah aku kutip kembali segala cebisan-cebisan baru yang muncul dalam hidup aku ini.
Keseronokan duduk di tempat penumpang
KRONIK!!!
p/s: rindunyerrr kat budak2 itu...........
28 December 2012
Terkesima
Satu hari di kaunter pendispensan.
Aku : Kenapa?
Pesakit : Bas sudah sampai, aku mau pulang.
Terkesima aku ketika itu kerana beliau sedang mendukung anak beliau yang baru sahaja lahir semalam.
KRONIK!!!
p/s: Rindu Malaya~~~~
03 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



