Pages

06 August 2011

Nur di Pagi Hari

Aku baru sahaja selesai menonton filem Nur Kasih. Bagi aku, cerita ini TAK BEST!! Maaf buat peminat 'Filem Nur Kasih' (yang drama memang SANGAT BEST). Perkara yang paling tak best bagi aku adalah dialog mereka. Sangat tidak natural seperti dalam drama. Yang lain-lain tu malas la aku nak list. Anyway, congrats to 'Aidil' kerana beliau berjaya menarik hati aku dengan lakonan beliau dalam filem ini. Watak lain yang aku suka dalam filem ini adalah Mamat dan Ilias.Overall, aku bagi 5/10 untuk filem ini. Tetiba aku kurius dengan jumlah kutipan filem ini............Owh~~~




p/s: Ini hanya pendapat aku......

29 July 2011

si KoSonG

Ibu : Adam, gie la ambek buku, nullih sket.
Adam : Adam reti doh kang nullih.

Ibu: Adam, gie la ambek buku nung, bace gop tek.
Adam: Adam reti doh bace.

Ibu: Doh bakpe yang mallah ngak ning??
Adam: Adam dapak nombor satu doh ari tu. Kalu rajen blajo kekgi dapak nombor kosong lop. Kalu dapak nombor kosong aboh dop wi adioh sebab nombor kosong maksudnye tak dop mende lah.


p/s: Susah gak dapat anak yang terlebih 'genius' ni

28 July 2011

Bila Masa mencemburui kita

Seperti keadaan TM apabila Singapura menjaringkan gol ke-6 tadi. Aku agak busy sekarang. Sepatutnya aku tidak begitu busy tetapi aku yang sengaja mem-busy-kan diri aku dengan perkara-perkara yang tidak perlu di-busy-kan. Aku terlalu busy untuk menaip kerana aku sedang busy meng-upload gambar.



Begitu semangat budak-budak-budak ini menyokong Malaysia dan ada seorang budak (paling depan) yang menyokong Brazil



Budak ini juga ingin join sokong Malaysia



p/s: Adam mengangis bila Malaysia kalah. Owh sungguh patriotik beliau ini.




Saya suka buat KERJA yang BOSAN


Rasa macam tengok Matix Reloaded pulak



p/s: Jangan sia-siakan usia anda dengan perkara yang tidak sepatutnya.

09 July 2011

AMARAN!!

AMARAN!!!

Saya akan pulang ke KL untuk siapkan tesis saya. Jadi, sila jangan buat sesuatu yang akan menghalang perjalanan saya.




Sedih =(

Perjumpaan terpaksa dibatalkan. Semoga hari ini (9 Julai 2011) akan berjalan dengan lancar. Incik Iqbal sakit mata dan beliau suka sangat kiss cik Anjang beliau ini. Oleh itu, cik Anjang beliau juga terasa seperti dijangkiti virus sakit mata ini. Harapan hari ini agar dapat bertemu dengan Akif. Owh lagi satu perkara sedih, aku sedang konfius dan kurius...

Owh sedihnya =(



p/s: Can I have another extra day to be with him?

27 June 2011

Driver

Hari ini almost seharian aku berada di luar rumah. Seawal jam 9 pagi kami bertiga meninggalkan rumah menuju ke Pusat Bandar. Lebih kurang 6 jam kami diluar bagi menguruskan segala benda yang berkaitan dengan perjalanan umrah parents aku nanti. Alhamdulillah segalanya selesai dalam masa 6 jam itu. Niat dihati ingin melawat incik Akif tapi masa lebih mencemburui kami. Jadi pulut lepa (pulut panggang) SEDAP itu telah menjadi santapan aku. Maaflah, tiada rezeki anda wahai cik Nunu dan incik Adam. Dalam perjalanan pulang, umi berkira-kira dengan bak mengenai tarikh mereka mengerjakan umrah dan aku juga turut mencelah. Tetibe satu CADANGAN bernas dari bak aku muncul apabila aku bertanyakan soalan kepada mereka.

Umi : Umi balik sminggu lepah raye ni...

Aku : Owh yeke? Doh orang nok raye nge piyye kekgi?

Umi : Raye kolumpo je la

Bak : Dok pom awok kawin la sbelum pose nie. Kekgi bule raye dumoh mok ttue.


Beg dari Rayhar


Lif di pejabat Rayhar ada tingkat (-1)


Kerusi lambang KeluangMan di klinik


Pulut lepa SEDAP


Tempat buat passport


KRONIK!!!




p/s: saya lapar dan saya makan roti bluberi