Pages

28 April 2011

Kala Bulan Mengambang

Hari ini merupakan peperiksaan untuk kertas terakhir aku untuk semester ini. Selesai sahaja menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepada aku, terus aku menuju ke arah en Taj yang setia menanti aku dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 11.15 pagi. Kemudian, aku dan en Taj bergerak ke BSH3 untuk mendengar taklimat LI kemudian, aku meneruskan perjalanan ke PWTC bersama cik Mayo, tuan Mimi dan tuan Myraz.

Aku rasa diri aku agak weng pada hari ini. Aku menjadi lebih weng dan ngeng serta kronik apabila aku mengetahui buku GUiT tiada di IKLBF. Pada malamnya, kami pergi dinner di Ram's Cafe. Ke-weng-an aku masih lagi wujud ketika itu. Sebenarnya, aku rasa pada hari ini semua orang seperti sedang melepaskan diri dari belenggu peperiksaan. Cik Mayo tak habis-habis mencipta pantun, tuan Mimi pula mencalah tanpa kaitan manakala tuan Myraz hanya mampu gelak dan kadang-kadang turut menyambung pantun yang dikemukakan oleh cik Mayo. AKU??....aku tetap weng dengan kata-kata dan dunia aku sendiri.

Kemudian aku sedar. Ini mungkin merupakan dinner terakhir kami untuk semester ini. Aku cuba untuk mengingati setiap wajah, senyuman dan kekerutan di dahi setiap orang yang berada di meja tersebut. Jam 3.30 ini pula, aku baru sahaja selesai berborak dengan cik snoopy tentang hari-hari di zaman kanak-kanak. I'm going to remember that also. Thanks guys for every single memory you've brought to me.



THANK YOU !!!!!!!!!!!!!!


p/s: Nak cari GUiT kat MPH MidValley

26 April 2011

Worm-out

Malam tadi aku berhajat untuk stay up sampai pukul 4 pagi. Malangnya, hajat aku itu tidak tertunai semuanya gara-gara PERUT aku. Dua tiga menjak ini, aku sentiasa berasa lapar walaupun aku baru sahaja melantak sepinggan (pinggan ke??) yee mee sizzling. Lapar aku itu bukanlah setakat lapar yang calang-calang. Lapar aku itu sampai ke tahap aku terasa bumi yang dipijak ini tidak terpijak lagi. Aku mula membuat andaian......

1. Ada parasit dalam perut aku
2. Hb aku rendah
3. Aku makan tak baca Bismillah
4. Perut aku merajuk dan memboikot makanan
5. Perut aku rindu akan masakan umi
6. Aku perlu makan 'tali kecapi' untuk kenyangkan perut

Teringat akan kejadian pada suatu malam dimana burung-burung tidak berkicauan kerna kat KL ini bukan banyak sangat pon burung. Aku terasa agak lapar pada malam itu. Jadi, aku memberi cadangan kepada cik snoopy untuk membeli burger jalanan. Dan ini merupakan respon cik snoopy....


"Perut ngah saket camtu, ade ati nak makan burger jalanan??....Pastu nak salahkan cacing!!!"


Teguran cik snoopy itu membuatkan otak aku yang tidak berapa sendik ini melayang seketika. Teringat akan lagu-lagu rakyat yang pernah dinyanyikan bersama teman-teman seperjuangan dalam permainan bola tembak rusa. Ini adalah lirik lagu tersebut. Letih aku menaipnya.....


Bangau oh bangau kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput oh rumput kenapa kau panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Lembu oh lembu kenapa ko tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
PERUT AKU SAKIT
Perut oh perut kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Nasi oh nasi kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu oh kayu kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan oh hujan kenapa ko timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak oh kata kenapa kau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular oh ular kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak nak makan
Memang makanan aku......



Baru sedar yang aku sedang menuding jari ke arah cacing yang 'tidak bersalah' itu.




KRONIK!!!!



p/s: Cacing memang sentiasa bersalah


24 April 2011

I wish I had a ......CAMERA

I wish I had it. There will be another 3 days for the semester to end. I try to keep my mind straight but I just can't. Don't know why. There are tooooo many memories for this year since I've been 'here'. I wonder if I could remember all those moments and faces here. This afternoon, I just had a lunch with my house mates. Cooking spaghetti with my room mate and chatting like we just get to know each other. Talking about dreams and wishes. I know it is hard to see them again after this. At that moment, I abruptly realized that this was the last lunch we might get to quietly spend together. And I keep blinking like snapping the shutter of a camera, wishing to imprint this moment somewhere in my heart. Amidst the sour scent of the spaghetti sauce and everyone's laughter.




p/s: Wow, aku menulis dalam Bahasa Inggeris =p

20 April 2011

To the Power of 3

Malam ini ada tiga buah video dan lagu (macam Hot fm kuasa 3 pulak) yang buat aku rasa tacing. Tapi untuk malam ini je la~~






Aku tak suka sangat video ni...Aku ske lagu je




p/s: hihihi

Kad-Win

Tetiba banyak pulak entri yang terhajat untuk ditulis. Tengah hari tadi semasa aku pulang ke rumah (di rumah aku tiada emak untuk buat cucur seperti dalam iklan), cik snoopy sedang sibuk menekan-nekan keyboard laptop beliau. Khusyuk benar aku lihat room mate aku itu. Aku beli pisang goreng dari Ram's Cafe sebelum pulang tadi. Jadi aku menjemput beliau makan bersama aku. Setelah bertengkar untuk habiskan pisang goreng tersebut, cik snoopy memulakan perbualan yang agak serius.

"Orang zaman sekarang, kalau nak jemput pergi kenduri kawen, just invite guna FB je"

Kata beliau. Kata aku secara monolog pula,

"Orang zaman sekarang, kalau men FB je musti ada cite kawen"

Secara tetiba, aku teringat akan perbualan aku dan rakan-rakan Cyclonians yang lain mengenai perkara ini. Macam-macam gaya dan cara serta mekanisma penjemputan telah digunakan di kampung kami masing-masing. Ada yang pengantin pergi jemput sendiri, ada yang pengantin + parents yang datang menjemput dan ada satu mekanisma yang aku tidak berapa faham iaitu pengantin + 3 pasangan. Kalau ikut adat keluarga aku, biasanya umi dan bak yang pergi menjemput dan ada juga yang dikirimkan kepada saudara-mara dan sahabat handai yang terdekat. Melalui perbincangan dan perkongsian pengalaman kami semua, ada satu mekanisma penjemputan yang amat menarik perhatian aku.

Setakat pengetahuan aku yang 'luas' ini, kebiasaanya orang akan menggunakan kad atau jemput dari mulut ke mulut sahaja. Akan tetapi mekanisma ini sangat menarik dan COOL!!

Jemput tetamu ke majlis kenduri dengan menggunakan SURAT RASMI!!!!....Itulah yang berlaku di kawasan tempat tinggal tuan Mimi ini. Mereka akan menghantar surat rasmi siap dengan alamat, tarikh serta garis yang memisahkan alamat penerima dan pengirim. Kagum aku mendengarnya. Hanya kata-kata ini yang mampu aku ucapkan....



"Aku takkan pergi majlis kawen ko kalu aku tak dapat surat rasmi"



p/s: Agaknya surat-surat tu perlu s.k. kat SU JKKK tak?

Diskusi

Petang esok akan berlangsungnya peperiksaan paper Analisis Farmaseutikal II bagi pelajar Fakulti Farmasi Tahun 2. Peperiksaan itu dijalankan pada jam 3.30 petang di DSG K1 (ada ke DSG kat Plaza Rah??). What-ever...

Oleh yang demikian, kanak-kanak riang ria a.k.a housemate aku ini mula bertanya tentang soalan pada tahun lepas. Ini kerana aku dan cik snoopy adalah senior mereka. Kesian aku melihat mereka kerana kebanyakan topik yang mereka tidak endahkan menjadi sasaran utama dalam soalan untuk batch kami. Semua macam sudah terkena toxicity aristolochia marcophylla.

Kemudian, kami berbincang pula tentang paper-paper kami yang telah kami jawab dengan 'jaya' nya (sambil tunjuk jari ke arah perut sendiri). Tetiba cik snoopy mengeluarkan topik tentang Peraturan Peperiksaan yang baru iaitu.....



"Sila pastikan anda tidak membawa telefon bimbit atau bateri telefon bimbit anda ditanggalkan"



Arrrgggghhhh!!!!!!!!!



Seraya itu juga aku diserang cardiac arrest....sebab...sebab... INI!!!!




sila KLIK!! pada gambar ini...


p/s: Peperiksaan itu menyeronokkan...Toinkk....Toinkk

18 April 2011

Demam

Aku pernah demam bola,
Aku juga pernah demam komik,
Demam tipu-tipu juga pernah aku rasa,
Tapi demam kali ini agak pelik.....

Demam dalam minggu final exam akan menyebabkan anda terasa agak bengang. Akan tetapi, itu semua kehendak dan ketentuan Allah. Oleh itu, keredhaan perlulah ada dalam mengiringi kekuatan diri untuk menghadapi ujianNya.

Malam sebelum exam Toksikologi, aku tetibe jatuh sakit (demam). Kesian aku punya room mate punya room mate punya room mate kerana terpaksa menjaga aku yang demam ini. Alhamdulillah, berkat usaha beliau mencari ubat dalam drawer aku, pagi itu aku bangun dengan segarnya. Maka bermulalah misi untuk aku membuat revision Toksikologi setelah tidur sepanjang malam dan hasilnya.......ENTAHLAH!!! Disini ingin aku ucapkan.........


"TERIMA KASIH CIK SNOOPY!!!!"



Sorry....I tak layan!!!!!!


p/s: Malam nie terus cancel nak stay up...hehehe