Pages

02 June 2010

2 situasi 1 motif

Kejadian pertama : Berlaku di kaunter pembayaran ekspres.

Ada seorang pakcik dengan troli yang penuh (memang tersangat lebih dari 10 barang) telah beratur selang beberapa pelanggan lain di hadapan aku. Kami agak bengang dengan tindakan pakcik tersebut yang agak tidak bersivik itu. Tetapi, tindakan juruwang yang menerima pakcik tersebut di kaunter ekspres lebih memilukan hati kami.

Kejadian kedua : Berlaku di kaunter kosmetik yang dijadikan kaunter ekspres.

Sepasang suami isteri dengan troli yang lebih dari 10 barang telah beratur hanya selang seorang peanggan di hadapan aku. Sebaik sahaja tiba giliran mereka, juruwang tersebut refuse untuk melayan mereka. Si suami dengan muka bengang dan malu tetap meletakkan barang-barang mereka di atas kaunter untuk discan tetapi tolak oleh juruwang tersebut. Pelanggan yang berada di belakang mereka (di hadapan aku) terus meletakkan barang beliau di atas kaunter. Dengan muka slumber, juruwang itu terus mengscan barang tersebut. Pasangan tersebut terus beredar dengan muka yang bengang dan malu. Aku sangat kagum dengan tindakan juruwang tersebut dan pelanggan di hadapan aku itu.


p/s: Hormatilah hak orang lain

Solat oh Solat

Al-kisah tersebutlah kisah 3 orang sepupu sedang bersiap sedia untuk solat Maghrib secara berjemaah. Malangnya ketiga-tiga mereka terlupa untuk berniat jemaah maka mereka solatlah secera bersendirian. Selesai sahaja solat, si B memberitahu kepada si A bahawa solatnya tidak sah dan beliau perlu menggantinya.

B : Wahai A, sesungguhnya kamu telah solat sebanyak 2 rakaat sahaja sedangkan solat Maghrib adalah 3 rakaat.

A : Mana kamu tahu aku solat 2 rakaat sahaja, wahai sepupu ku?

C : B telah mengangkat kepala ketika beliau sujud pada rakaat ke-2 untuk melihat anda , wahai A.

B : Macam mana kamu tahu saya mengangkat kepala?

C : Sebab saya tengok kamu semasa kamu mengangkat kepala.


p/s: Abang aku cakap, A memang cukup 3 rakaat.Jadi si B dan C perlulah menggantikan solat mereka

24 May 2010

Hari-hari ku : Episod VI

Antara aktiviti-aktiviti aku sepanjang minggu lepas.....

Jalan ke airport untuk menjemput umi dan bak


Adik ini cam tau-tau je aku nak amek gambar


"Helo nenek, Iqbal Danish dah ade kat depan dewan ketibaan ni"


Kereta sewa paling hebat!!


Bas SPBumi yang round bandar Kuala Terengganu
*susah nak jumpa bas di sekitar bandar*


"Afiq Adeli"
*still bangga even salah eja nama*




p/s: Jangan amek gamba sambil memandu yerr....

Murderer

Aku seorang pembunuh.....
Aku telah membunuh seekor katak
Dengan menggelek beliau menggunakan tayar kereta

Aku telah membunuh seekor ayam
Dengan menyembur Ridsect ke arah beliau

Aku telah membunuh banyak lipas
Dengan menggunakan selipar tandas

Aku telah membunuh seekor tikus (seingat aku lah)
Dengan menghimpit beliau di belakang almari

Aku sangat sedih
Aku telah membunuh banyak nyawa
AKU ADALAH PEMBUNUH!!!!!

~Hari Ini~

Hari yang sangat bosan tapi menyeronokkan.

Aku bosan duduk didepan TV
Mengadap cerita Indonesia yang sangat membosankan
Menyebabkan diri aku semakin bosan
Aku nak menaip post ni pun sudah naik bosan
Orang yang membacanya sudah tentulah lagi bosan

Aku seronok hari ini
Memandu membuatkan hidup aku seronok
Mengganggu ketenteraman orang lain di jalan raya lagi seronok
Aku nak menaip post ini juga bertambah seronok
Semoga orang yang membacanya lagi seronok dari aku

*LIVE OUR LIFE*

Give me some sunshine

By Suraj Jagan, Sharman Joshi


All our lives
we've needed to get life
Let us live a little now
If only for a moment

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Backpacks drooped our shoulders
Of all people, dad taught us to bribe
A watch for 99% test scores
and a cane for anything less

All the writing blistered
Our wrists of Alpha, Beta and Gamma
Concentrated H2SO4
Combusted our entire childhood

We lost our childhood
We lost our prime
Let's us live a little now
If only for a moment

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again


Translated by : theBollywoodFan

22 May 2010

**Cerita Tak Penting**

Pagi semalam aku ke Pasar Chabang Tiga untuk membeli sedikit barang-barang untuk membuat nasi dagang. Dalam perjalan pulang, suatu kejadian yang tidak aku duga telah berlaku. Ceritanya begini.......................

Aku mengambil jalan dekat untuk pulang ke rumah iaitu melalui Kampung Losong kemudian aku melintasi SMK Sultan Ahmad sebelum berhenti di lampu isyarat simpang empat Pulau Musang. Dihadapan kereta aku kelihatan dua buah motosikal yang juga menuju ke arah yang sama dengan aku. Tidak lama kemudian, ada sebuah kereta BMW berhenti di belakang kereta aku. Aku kenal benar dengan kereta itu dan pemandunya. Aku mengintai beliau melalui cermin pandang belakang dan kelihatan muka beliau agak cemas. Mungkin beliau mengejar masa, fikirku. Kemudian lampu isyarat bertukar hijau. Belum sempat aku masuk gear satu, beliau membunyikan hon kereta beliau. Aku tergamam dan terus naik geram. Apalagi, aku terus free gear dan naikkan hand break. Dapat aku melihat wajah beliau yang bengang dan tension dari cermin pandang belakang kereta aku. Beliau terus menerus membunyikan hon tetapi aku tidak mempedulikannya. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar kuning, aku tukar gear satu dan terus memecut laju. Dari kejauhan aku melihat beliau masih di situ. Padan muka! Siapa suruh beliau buat aku bengang?!



p/s: Mentang-mentang lah kereta beliau automatik!!!!!!!!!!!