Pages

24 May 2010

Hari-hari ku : Episod VI

Antara aktiviti-aktiviti aku sepanjang minggu lepas.....

Jalan ke airport untuk menjemput umi dan bak


Adik ini cam tau-tau je aku nak amek gambar


"Helo nenek, Iqbal Danish dah ade kat depan dewan ketibaan ni"


Kereta sewa paling hebat!!


Bas SPBumi yang round bandar Kuala Terengganu
*susah nak jumpa bas di sekitar bandar*


"Afiq Adeli"
*still bangga even salah eja nama*




p/s: Jangan amek gamba sambil memandu yerr....

Murderer

Aku seorang pembunuh.....
Aku telah membunuh seekor katak
Dengan menggelek beliau menggunakan tayar kereta

Aku telah membunuh seekor ayam
Dengan menyembur Ridsect ke arah beliau

Aku telah membunuh banyak lipas
Dengan menggunakan selipar tandas

Aku telah membunuh seekor tikus (seingat aku lah)
Dengan menghimpit beliau di belakang almari

Aku sangat sedih
Aku telah membunuh banyak nyawa
AKU ADALAH PEMBUNUH!!!!!

~Hari Ini~

Hari yang sangat bosan tapi menyeronokkan.

Aku bosan duduk didepan TV
Mengadap cerita Indonesia yang sangat membosankan
Menyebabkan diri aku semakin bosan
Aku nak menaip post ni pun sudah naik bosan
Orang yang membacanya sudah tentulah lagi bosan

Aku seronok hari ini
Memandu membuatkan hidup aku seronok
Mengganggu ketenteraman orang lain di jalan raya lagi seronok
Aku nak menaip post ini juga bertambah seronok
Semoga orang yang membacanya lagi seronok dari aku

*LIVE OUR LIFE*

Give me some sunshine

By Suraj Jagan, Sharman Joshi


All our lives
we've needed to get life
Let us live a little now
If only for a moment

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Backpacks drooped our shoulders
Of all people, dad taught us to bribe
A watch for 99% test scores
and a cane for anything less

All the writing blistered
Our wrists of Alpha, Beta and Gamma
Concentrated H2SO4
Combusted our entire childhood

We lost our childhood
We lost our prime
Let's us live a little now
If only for a moment

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again


Translated by : theBollywoodFan

22 May 2010

**Cerita Tak Penting**

Pagi semalam aku ke Pasar Chabang Tiga untuk membeli sedikit barang-barang untuk membuat nasi dagang. Dalam perjalan pulang, suatu kejadian yang tidak aku duga telah berlaku. Ceritanya begini.......................

Aku mengambil jalan dekat untuk pulang ke rumah iaitu melalui Kampung Losong kemudian aku melintasi SMK Sultan Ahmad sebelum berhenti di lampu isyarat simpang empat Pulau Musang. Dihadapan kereta aku kelihatan dua buah motosikal yang juga menuju ke arah yang sama dengan aku. Tidak lama kemudian, ada sebuah kereta BMW berhenti di belakang kereta aku. Aku kenal benar dengan kereta itu dan pemandunya. Aku mengintai beliau melalui cermin pandang belakang dan kelihatan muka beliau agak cemas. Mungkin beliau mengejar masa, fikirku. Kemudian lampu isyarat bertukar hijau. Belum sempat aku masuk gear satu, beliau membunyikan hon kereta beliau. Aku tergamam dan terus naik geram. Apalagi, aku terus free gear dan naikkan hand break. Dapat aku melihat wajah beliau yang bengang dan tension dari cermin pandang belakang kereta aku. Beliau terus menerus membunyikan hon tetapi aku tidak mempedulikannya. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar kuning, aku tukar gear satu dan terus memecut laju. Dari kejauhan aku melihat beliau masih di situ. Padan muka! Siapa suruh beliau buat aku bengang?!



p/s: Mentang-mentang lah kereta beliau automatik!!!!!!!!!!!

ToK!! ToK!! ToK!!

Pagi tadi pergi hantar umi dan bak naik kapal terbang ke Kuala Lumpur untuk menghadirkan diri mereka ke kenduri kahwin anak kawan mereka. Sebelum pulang ke Kampung Paloh Sungai Kiat, kami singgah sebentar ke Warung Mak Teh untuk membeli nasi kerabu ayam bakar. Sampai sahaja di rumah kami terus membuka bungkusan nasi dan apa lagi, melantaklah. Tiba-tiba kedengaran bunyi selipar menandakan ada seseorang diluar rumah. Aku mengintai dari dalam rumah dan serentak itu juga beliau menoleh ke arah aku. Seraya itu juga aku menundukkan kepala aku supaya beliau tidak nampak aku. Sebenarnya, aku malas melayan beliau yang tidak berapa sempurna itu. Biasanya bak yang akan melayan beliau dan memandangkan bak tiada jadi aku malas untuk menjemput beliau masuk. Aku melaporkan perara itu kepada kakak-kakak aku. Tetiba sahaja kakak aku yang ke-7 bangun dari kerusi dan menjerit,

"TAKDE ORANG KAT RUMAH!!!"

Adoiiiyyyyaaiii...........................


Suasana bandar Kuala Terengganu diwaktu malam

Keadaan deretan bank di bandar Kuala Terengganu




p/s: Jangan beli nasi kerabu daging bakar kerana dagingnya agak liat

16 May 2010

Cikgu oh Cikgu

Baru-baru ini aku mendapat panggilan dari seseorang yang sangat aku cintai dan rindui. Terasa berbunga-bunga hati ini apabila mendengar suara beliau. Sebaik sahaja selesai bertanya khabar, beliau meneruskan niat beliau menelefon aku. Beliau sangat sedih pada hari itu kerana ada seorang pelajar beliau menuduh beliau menghina keluarga pelajar tersebut dan ibubapa pelajar tersebut telah membuat laporan polis dan ingin menyaman beliau. Beliau yang aku sayangi itu tidak mengetahui punca sebenar mengapa parents pelajar terbabit mengatakan beliau menghina mereka.

Pada zaman aku bersekolah dahulu, kalau seorang cikgu memarahi aku semestinya akan aku simpan perkara tersebut dari pengetahuan ibubapa aku kerana mereka akan memarahi aku kembali. Tetapi pada hari ini, cikgu pula yang disalahkan sekiranya mereka menegur anak-anak didik mereka. Ada juga ibubapa yang terlalu sayangkan anak mereka sehingga sanggup menampar cikgu yang merotan anak mereka. Padahal, mereka tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh anak mereka di sekolah. Mereka hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Berbalik kepada cerita beliau yang aku sayangi tadi. Dua hari selepas beliau menerima surat saman, beliau ke sekolah seperti biasa. Tetiba ada satu pengumuman memanggil semua guru untuk berhimpun di tapak perhimpunan. Nama beliau dipanggil untuk ke pentas dan kelihatan parents pelajar terbabit juga berada disitu. Kemudian, ibu pelajar itu mengambil microphone dan berkata,

"Maafkan kami Teacher R********, kami hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Sebenarnya anak kami ini yang telah memburukkan nama Teacher supaya dia tidak dimarahi kerana masalah yang dia timbulkan di sekolah. MAAFKAN KAMI"

Orang sudah minta maaf, tentulah beliau maafkan mereka dan beliau amat bersyukur kerana ibubapa pelajar tersebut telah menarik balik saman mereka terhadap beliau. Beliau sangat terharu dengan permohonan maaf dari ibubapa pelajar terbabit sehinggakan beliau menangis ketika bercakap dengan aku dan ketika beliau memasak tadi. Tetiba terasa over pula reaksi beliau ini. Macam-macam yang berlaku pada hari ini. Pengorbanan cikgu telah disalah erti. Ada juga sesetengah cikgu yang memang tidak berdedikasi tetapi bukan semua cikgu begitu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

~I LOVE MY CIKGUs~