Pages

21 August 2012

Berkenalan

Cuti raya ini aku membawa anak-anak saudara aku pergi jalan-jalan explore kawasan rumah atuk mereka. Mereka tersangatlah happy sebab first time tengok jantung pisang secara live, sentuh buah terung direct dari pokok, makan buah rambutan yang dipetik sendiri dan merasa buah 'setor' yang sangat sedap jika dijeruk. Sedang kami seronok ber-explorasi tetiba, Muayyad Naufal menjerit agar kami beredar.

Ayyad : Anjang lari-lari ada katak hijau. Besaaar!!!!
Aku : Mana-mana???!!!! (Risau gak sebab kate orang, air kencing katak pisang ni bahaya)
Ayyad : Tu kat pokok tu! Banyaaak!!!! Besaaar!! (sambil tunujk ke arah pokok betik)
Aku : Ni buah betik la bukan katak. (Adeeeh)
Ayyad : Bukan betik warna kuning ke??
Aku : Yang ni putik lagi.
Ayyad : Hah?!! (konpius kot sebab tak pernah tengok betik putik)

Jeritan Muayyad Naufal memang mengejutkan kami tapi tetap tidak mematahkan semangat mereka yang tinggal di luar Terengganu ni. Sekarang ni tiap-tiap hari nak pergi explore kawasan rumah atuk sebab nak petik buah rambutan dan Izz Humaidi nak tengok ayam. Kesian.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


KRONIK!!!


p/s: Tepon aku kene culik so, xde gambo utk post ini..........

01 August 2012

Alhamdulillah

Status Daftar : Konvokesyen/Tamat Pengajian

Syukur.Terima kasih buat semua yang menyokong & mendoakan aku terutamanya UMI & BAK. Sekarang aku menjadi supir sepenuh masa untuk mereka.


"Kejadian memalukan pada malam itu"

KRONIK!!!



p/s: Bangganya dapat pakai baju jahitan sendiri raya tahun ini =p


30 July 2012

Lambat

Setelah sekian lama aku sekali lagi dapat merasakan yang masa itu begitu lambat berlalu ketika aku berada di kampung. Sebab aku tidak lagi terikat dengan bilangan hari untuk aku menghabiskan masa di kampung. Owh sungguh indah perasaan ini.

Dua orang hero yang suka usik moyang mereka

KRONIK!!!



p/s: Tersalah pilihan.................................................... o_O

12 July 2012

Owh~~

Setiap kali aku ingin melangkah masuk ke Pavillion, aku pasti teringat akan kenangan bersama mereka. Miss you guys soooooo much.


KRONIK!!!



p/s: On the way menghabiskan degree ku

06 July 2012

Selesai......

Sudah selesai temuduga dengan SPA dan selesai menghabiskan novel yang menghantui hidup aku selama 4 hari. Sebenarnya sudah lama aku beli buku ni cuma aku baru start baca 4 hari lepas. Buku murah yang berharga RM8.00 beli di Big Bad Wolf dengan rakan-rakan Cyclonians. Interview, menarik dan berjaya memberi perasaan cemas dan nebes pada aku. Alhamdulillah, semuanya ok dan selesai.




26 June 2012

Hari Ini....

Hari ini nak pergi ke satu tempat yang tidak menarik tapi hasilnya InsyaAllah mampu menenangkan hati.
Hari ini ada paper. 
Hari ini paper habis pukul 530 petang. 
Hari ini tidak dapat menonton Dong Yi.


Tinggal lagi tiga minggu sebelum scene ini ditinggalkan. InsyaAllah.


KRONIK!!!



p/s: Mau makan laksa.......

05 June 2012

Alhamdulillah

Tengah hari tadi aku mendapat satu panggilan dari kakak aku. Umi dan bak accident. Kereta terbalik empat kali then tercampak dalam longkang. Alhamdulillah, umi dan bak selamat cuma tangan umi je yang luka.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku peluang untuk mendengar suara mereka. Can't imagine a world without them.




p/s: nape lah ayat last tu tak letak kat depan?