Pages

18 April 2011

Demam

Aku pernah demam bola,
Aku juga pernah demam komik,
Demam tipu-tipu juga pernah aku rasa,
Tapi demam kali ini agak pelik.....

Demam dalam minggu final exam akan menyebabkan anda terasa agak bengang. Akan tetapi, itu semua kehendak dan ketentuan Allah. Oleh itu, keredhaan perlulah ada dalam mengiringi kekuatan diri untuk menghadapi ujianNya.

Malam sebelum exam Toksikologi, aku tetibe jatuh sakit (demam). Kesian aku punya room mate punya room mate punya room mate kerana terpaksa menjaga aku yang demam ini. Alhamdulillah, berkat usaha beliau mencari ubat dalam drawer aku, pagi itu aku bangun dengan segarnya. Maka bermulalah misi untuk aku membuat revision Toksikologi setelah tidur sepanjang malam dan hasilnya.......ENTAHLAH!!! Disini ingin aku ucapkan.........


"TERIMA KASIH CIK SNOOPY!!!!"



Sorry....I tak layan!!!!!!


p/s: Malam nie terus cancel nak stay up...hehehe

17 April 2011

Star-Parut

Pada zaman kanak-kanak dahulu, masih aku ingat akan pokok belimbing di hadapan rumah aku. Pokok belimbing ini juga merupakan port untuk aku dan adik aku lepak. Biasanya kami akan lepak atas pokok belimbing ni lepas abes sekolah sebelum kami start bermain di padang Pokok Ciku. Sekarang ni pokok belimbing tu da ditebang sebab bak nak buat garaj kat depan rumah. Umi aku juga menyokong dengan proposal bak tu sebab umi cakap pokok tu adalah sumber utama kepada kekayaan rumah aku dengan semut. Aku merupakan orang pertama (mungkin yang ke-2 lepas adik aku) yang menolak bulat-bulat proposal bak tu. Alasan; tak ade tempat nak melepak pasni.......


Pokok belimbing tersebut sangat produktif. Setiap hari tidak mengira musim dan panas terik pokok tersebut akan mengeluarkan buah-buah yang lazat dan penuh dengan air yang mengiurkan. Aku dan rakan-rakan sejawat aku yang lain akan memetik buah belimbing dan bawa ke dapur untuk dikisar dan diminum airnya.

Pada suatu hari yang damai (agaknya lah aku pon tak ingat =p), kami beramai-ramai menyerbu dapur rumah aku yang tak bape nak beso tu untuk buat air belimbing. Kami sangat excited pada ketika itu. Separuh dari kami akan memotong buah belimbing manakala separuh lagi mengisar buah belimbing dan beberapa orang akan meng-filter hampas-hampas belimbing. Tengah kami duk syiiooookkk membuat kerja sambil bermain-main, tetiba ada seorang kawan aku yang lelaki ni menjerit. Dan kami TERKEJUT!!!!!

4 batang jari kawan aku tu terkisar skali ngan buah belimbing dalam blender tu. Alhamdulillah tak putus wayar blender umi aku. Kalau tak musti pasni umi tak bagi dah kami main-main kat dapur agik...hikhik... Hebat gak ar kecederaan kawan aku tu tapi takde lah sampai kene masuk ward ke apa. Setelah dibawa ke hospital oleh abang aku, kawan aku balik ke rumah. Kawan-kawan aku yang lain juga pulang ke rumah setelah mendapat berita tentang kecederaan tersebut.

Berbalik kepada air belimbing tadi. Air belimbing bercampur darah dan cebisan kulit serta muscle kawan aku tu masih lagi dalam blender. Geli pulak aku bila teringat balik air tu. Kakak aku yang settle kan semua tu. AKU????....tengok power ranger's lagi baik....hahaha




p/s: Tangan beliau masih berparut.......

16 April 2011

Gaya Penulisan

Sekarang aku sudah memasuki fasa 'Aplikasi' dalam pengalaman aku sebagai seorang pelajar Fakulti Farmasi UKM. Jika mengikut Bloom's Taxonomy, bagi pelajar Fakulti Farmasi, fasa yang perlu dikuasai pada Tahun 1 dan 2 termasuklah fasa menghafal dan memahami. Apabila aku memasuki Tahun 3, aku perlu mengaplikasi maklumat dan pengetahuan yang aku kutip sepanjang 2 tahun aku belajar.

Apa yang ingin aku perkatakan disini adalah mengenai masa yang diperuntukan kepada aku untuk berada di Fakulti Farmasi UKM ini. Hanya tinggal 2 semester sahaja lagi untuk aku meluangkan masa bersama mereka-mereka yang berada di Fakulti ini termasuklah para pensyarah, pegawai sains, pembantu-pembantu pejabat dan juga makcik cleaner yang halau kawan-kawan aku kerana beliau ingin mengemop lantai.

Oleh sebab itu, kebanyakan entri aku dalam blog ini akan berkisarkan kehidupan aku sebagai pelajar di Fakulti Farmasi UKM ini. Aku akan kurang memberi komen tentang kejadian yang diluar dari bidang aku sebagai seorang pelajar (padahal aku memang malas nak ambil tahu pun). Aku juga akan kurang meng-post sebarang bentuk ilmu tambahan seperti 'How to grow a Cow' mahupun 'Mengapa anda perlu mandi setiap hari'. Aku ingin mengingati semua kejadian sepanjang aku berada disini sebab aku hanya akan jumpa kawan-kawan aku ni selama 4 tahun ini sahaja.



"LEARN, LOVE, LAUGH"



KRONIK!!



p/s: Apa salah aku sehingga aku dipukul di bahu???

15 April 2011

Vid-Xic

Pagi tadi aku bangun dari mimpi yang menyeronokkan (mimpi aku ngah tido kat kg) dan bercadang untuk revise Toksikologi. Tetiba aku teringat yang aku ada termiss klas Dr. R. So, aku mengkontek cik Mayo untuk mintak records lectures yang aku termiss tu. Seadanya aku di rumah cik Mayo, beliau telah membuat aku tertarik dengan beberapa video.............



This one is cool.....Suara si Najwa nie memang aku suka


dan.......




Tetibe aku rasa cam best lak cite nie...




p/s: 'Ibu mengandung biasanya akan merasa poyo'

14 April 2011

14 April

Hari ini dalam sejarah. Pada tanggal 14 April 1971, Datuk Muhamad Rahmat telah mengumumkan penghapusan kelas peralihan bahasa Inggeris dalam Persidangan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semanjung bertempat di Ipoh, Perak
(sumber: Arkib Negara)

------------------------------------------------------------------------------------

Pada tanggal 14 April 2011 pula satu sejarah telah terlakar dalam hidup aku. Buat julung kalinya tekanan darah aku turun dari 107/60 mmHg kepada 77/60 mmHg. Pada hari ini juga aku mempunyai perasaan takut untuk menunggang motosikal untuk ke K1. Pertama kali juga dalam sejarah hidup aku pergi mengambil peperiksaan dengan menaiki teksi. Sejarah paling bersejarah dalam hidup aku pada hari ini adalah.......


"Aku minum air yang mengandungi 2g gula dan suku mug air masak"



KRONIK!!!!!


p/s: Air garam sedap tak ye??

Purple-Gelap

Pukul 930 pagi

-
-
-

Aku bersiap untuk berperang dengan paper FK pada jam 1200

-
-
-

Baju purple, kain purple, handphone purple

-
-
-

Even Drug Info aku juga purple

-
-
-

Aku belek pula jari-jemari aku

-
-
-

Juga purple

-
-
-

Kemudian aku nampak semuanya purple

-
-
-

Dan

-
-
-

GELAP!!!!




KRONIK!!!!






p/s: Aku bersiap awal pagi ini sebab risau aku akan 'bergelap' lagi dalam bilik

Mentafsir Masa

Aku memang suka berangan
Sehingga tersalah mentafsir jam di tangan
Ku sangka GMT + 08:00
Rupa-rupanya waktu Asia Pacific yang aku tekan



p/s: Patut la waktu untuk post-post aku sebelum nie jauh beno lari...