Pages

14 April 2011

F***K = Farmasi Klinikal

Esok ada exam Farmasi Klinikal. Aku agak gementar untuk menghadap soklan yang bakal ditujukan kepada aku esok. Mungkin question paper itu akan boring dan mengalami tekanan perasan apabila melihat muka aku yang berjiwa kacau esok. Answer script pula mengalami gangguan emosi kerana aku jarang-jarang menyentuh beliau. Dapat aku rasakan bahawa Lexi-Comp akan tidak berhenti ketawa terkekek-kekek kerna aku selalu mengusik beliau . Mungkin juga beliau akan marahkan aku kerana menyelaknya berkali-kali.


"Ya ALLAH, Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Engkau bantulah hambaMu yang lemah ini"



p/s: Sila jangan salah paham dengan title entri ini!!!!!

13 April 2011

Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan suatu matlamat yang perlu dicapai dan dikecapi oleh Malaysia. Apabila disebut Malaysia, ia bermaksud seluruh rakyat Malaysia. Semua yang berwarganegara Malaysia perlu berusaha untuk mencapai matlamat 2020.

Wawasan 2020 mempunyai 9 objektif yang merangkumi keamanan dan kebebasan rakyat, pembangunan insaniah serta kemajuan ekonomi. Untuk maklumat lanjut sila ke link ini.

----------------------------------------------------------------------------------

Tajuk entri ini sebenarnya bertemakan negara Malaysia. Aku bukan nak bercerita tentang sejarah Malaysia ataupun memberi komen tentang 1Malaysia. Aku cuma ingin memberitahu tentang event-event besar yang sedang dan akan berlangsung di Malaysia (area KL) pada tahun 2011 yang aku NAAAAAKKK~~~ sangat pergi.



SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT, Malaysia | Home of Motorsports
8 April - 10 April
Sepang International Circuit



15-17 April
KL Convention Centre, KL




Kuala Lumpur International Book Fair 2011
22 April-1 Me1
Putra World Trade Centre


Malangnya, hanya KLIBF 2011 saja yang mampu aku lawati sebab yang lagi 2 event tu berlangsung masa aku tengah final exam. Tak sabar nak pergi sebab nak cari buku-buku ini......










Kalau boleh dapat tandatangan author lagi best. Semoga aku dapat mencari dan membeli buku-buku ini dengan harga yang murah....hehehe




p/s: Aku masih belum berwawasan.....

12 April 2011

Jalan-jalan Cari Makan

Kata orang...............'jauh perjalanan luas pemandangan'


Kata aku....................... 'jauh perjalanan baru dapat makan'



tutup lak kedai nie tadi


KRONIK!!!!



p/s: Rindu pada Beliau...

Mawar Astakona Harum Berlima

Lagu hari ini

-

-

-

-

-

-Esok lagu lain pulak

11 April 2011

Datura-Vampire-Nyamuk??

Hari ini buat revision on Farmacognosy (yea...salah eja...ade aku qesah?!!). Jiran sebelah katil aku ni mengutarakan soklan yang aku sendiri pon tak boleh jawab


Apa yang awak ingat dalam tajuk nie???



Siyesli?????......honesli???



Apa yang aku ingat dalam tajuk nie???

ini jawapan aku..........




'Saya ingat yang saya tak ingat apa-apa'


Kronik!!!





p/s: Tajuk yang takde kaitan

Pulanglah

Hari nie aku suke dengar lagu nie

-

-

-

-



-

-

-

Esok lagu lain pulak



p/s: 'Baliklah'

Suatu Ketika Dahulu

Ketika aku sedang nyenyak tido malam tadi (malangnya harapan hanya tinggal bantal & selimut), aku mimpikan sesuatu. Akan tetapi aku tidak ingat apekah mimpi aku itu dan dalam entri nie tiada satu kejadian pon yang berkaitan dengan mimpi aku tu.

Pada suatu ketika dahulu, aku dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah Kampung Paloh Sg Kiat yang amat tenang dan permai. Aku mempunyai ramai kawan. Kawan- kawan aku terdiri dari laki dan pompuan. Biasanya kami jarang bermain permainan yang menunjukkan sifat keperempuanan seperti masak-masak, kawen-kawen,mak-mak apatah lagi membuat jamuan 'hi-tea'. Kami lebih minat untuk bermain bola sepak, bola tembak rusa, bola tampar dan segala jenis bola kecuali bola mata.

Masih aku ingat pada pokok ciku di tengah-tengah padang di hadapan rumah aku. Poko ciku itu merupakan port untuk aku dan geng-geng aku lepak. Memang syoiiikkk tak hengat. Pokok ciku itu jugalah yang menyebabkan bahagian celah kaki aku antara jari kelingking dan jari manis (kaki pon panggil jari manis ke??) terkoyak. Semuanya akibat paku yang terpaku di dahan pokok tersebut. Sebelum bermain, kami akan memanjat poko tersebut dan susuk di port masing-masing sambil membincangkan apakah permainan yang bakal kami anjurkan pada petang itu.

Kami juga akan melakukan aktiviti makan-makan pada setiap petang lepas asar. Ianya dinamakan sebagai Majlis Makan Bersaing. Aku juga kurang pasti kenapa iainya dinamakan sebagai 'bersaing'...Mungkin kami makan beramai-ramai maka ia dinamakan sebagai 'bersaing' (saing=kawan dalam bahasa Terengganu)....Mungkin juga kami digalakkan untuk 'bersaing' dalam menghabiskan makanan kami. Kebiasaanya aktiviti ini dilakukan di rumah jiran-jiran aku kerna rumah mereka mempunyai lambo (beranda) dan seingat aku tidak pernah sekali pun aktiviti ini dilakukan di rumah aku kerana tangga di rumah aku kat dalam rumah (tak ble tgk pemandangan...huhuhuhu).

gambar sekadar hiasan (syok nye mandi sungai)


Masih banyak aktiviti-aktiviti di zaman bujang yang aku alami. Tetapi aku tulis dalam entri yang lain la pulak. Syoik gak mengimbau kenangan lame nie...KRONIK!!!!




p/s: Penghantar SMS???