Pages

05 May 2010

Menu Hari Ini

Breakfast
Nasi lemak
Sambal ikan bilis
Telur rebus
Telur ayam kampung separuh masak
Air Milo

Lunch
Nasi putih
Ikan masak asam pedas
Ayam percik
Ayam goreng kunyit

High-tea
Teh 'O' limau nipis
Kuih benderang
Jemput-jemput nangka

Dinner
Roti Gardenia
Aiskrim Wall's Double Dutch
Aiskrim Nestle Chocolate
Buah mangga

Supper
Chipster (sambil menonton Selangor vs Johor FC)



p/s: Sebab itu aku suka balik kampung

Sno0pY

Dalam hidup aku, ada dua orang manusia yang aku menggelar mereka dengan nama Snoopy. Seorang Cik Snoopy dan lagi seorang Mr Snoopy. Tentu anda tertanya-tanya siapa dan kenapa aku memanggil mereka dengan gelaran tersebut.

Cik Snoopy adalah kawan aku yang biasa bertandang ke bilik J101 samada untuk study ataupun mengganggu ketenteraman jiwa raga aku yang berbunga ini. Aku memberi gelaran Cik Snoopy kepada beliau kerana apabila beliau mengantuk, mata beliau akan kelihatan seperti mata Snoopy yang tidak berapa nak timbul tu. Setiap kali aku tengok beliau mengantuk aku mesti terbayang wajah Snoopy. Jadi aku menggelar beliau sebagai Cik Snoopy

Mr Snoopy pula merujuk kepada anak saudara aku yang baru berusia 3 bulan. Ini kerana, kaki beliau yang gemuk dan bulat berbentuk seperti hidung Snoopy. Entah macam mana aku boleh terbayang hidung Snooopy setiap kali aku melihat kaki beliau aku pun tidak tahu. Maka dengan itu, aku memanggil beliau dengan gelaran Mr Snoopy.

Walau macam mana pun, aku tetap sayang kedua-dua Snoopy dalam hidup aku ini. Sorry la yerr kepada beliau-beliau yang dimaksudkan itu. Korang memang best!!



Kaki Mr Snoopy yang gemuk dan bulat



Sleeping Snoopy (aku takde gambar Cik Snoopy)



p/s: Cik Snoopy tidak kenal apa itu Snoopy =(

04 May 2010

Peraturan dibuat untuk dilanggar

Pagi tadi dalam pukul 930 aku memecut kereta untuk ke stesen bas Kuala Terengganu untuk menghantar Cik Simzasama dan Cik Mariah menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan aku ke stesen bas yang agak makmur itu, berbagai ragam pemandu dan penunggang yang aku jumpa.

1. Ada seorang pakcik ni, beliau memandu di lorong kanan dengan kelajuan 60km/j kerana beliau berhajat untuk membelok ke kanan dimana simpang tersebut terletak lebih kurang 3km dihadapan.

2. Terima kasih kepada akak penunggang motosikal yang menunggang di tengah-tengah jalan raya dengan kelajuan 40km/j dan menghalang kereta di belakang anda (kereta aku la tuh) untuk memotong anda

3. Abang Myvi seorang nih pulak, potong aku dari sebelah kiri sedangkan aku sudah memberi signal untuk meembelok ke kiri. Nasib baik aku nampak kereta beliau yang oren tu, kalau tidak....

Inilah cara orang Kuala Terengganu memandu kereta dan menunggang motosikal. Aku tidak pernah memandu lebih daripada 90km/j dalam kawasan Kuala Terengganu kerana semua orang akan memandu 60-80 km/j tidak kira di lorong kiri mahupun kanan.

JoM B@Lik GaNU~~


Salam....Sebenarnya aku memang berniat untuk meng-update blog aku yang usang ini sebaik sahaja tiba di rumah pada jam 5 pagi tadi akan tetapi kesibukan dan kekangan masa telah membantut segala usaha aku untuk menulis disini. Mari aku cerita sedikit kepada anda semua tentang pengalaman dan perjalanan aku menaiki bas malam tadi.

Malam tadi aku menaiki bas dari Shah Alam menuju ke Kuala Terengganu pada jam 2130 dan aku sangat excited untuk menaiki bas tetapi ke-excited-kan aku telah diganggu apabila tiket yang aku beli telah membawa masalah kepada jiwa dan raga aku yang berbunga-bunga ini. Semasa aku membeli tiket tersebut, aku telah meminta seat single dan bahagian tengah serta tingkat atas. Malangnya, sebaik sahaja aku menaiki tingkat dua bas SP Bumi tersebut, jiwa aku mula menjerit kerana aku duduk seat double dan seat ke-3 dari belakang. Oh tension nya....Jiwa kacau....Arrgghhh!!!....Tetapi dengan semangat balik kampung, aku tetap duduk di seat tersebut sebab memang tiada apa yang boleh aku lakukan lagi. Aku agak berdebar-debar untuk memikirkan jantina manusia yang bakal menjadi teman aku sepanjang perjalanan aku pulang ke Terengganu. Dan akhirnya manusia itu muncul dan dia adalah seorang LELAKI!!!! Memang aku nak mengangis time itu juga tetapi aku tetap berlagak cool dan macho. Takkan nak tunjuk takut pulak. Kemudian aku membuat keputusan untuk bertukar seat dengan budak perempuan di seat depan, kebetulan dia juga duduk di sebelah lelaki dan dia bersetuju. Alhamdulillah. Tetapi terasa rugi juga kerana abang di sebelah aku itu tersangatlah handsome...hehehe (miang la pulak)

Sebaik sahaja tayar bas bergolek, apalagi terus la aku memejamkan mata. Nak tahu bila aku terjaga, aku terjaga selepas bas berhenti di kawasan R & R Chendor, Pahang. Sangatlah seronok aku tidur sehinggakan bas turun dari Karak pun aku tidak sedar. Apa yang hendak dihairankan, flight yang 45minit pun aku boleh tidur inikan pula perjalanan yang memakan masa selama 7jam. Alang-alang terjaga, aku membuat keputusan untuk tidak tidur kerana ingin melihat panorama malam di sepanjang perjalanan aku dan aku ada snap beberapa gambar. Malangnya aku tidak berjaya snap gambar pusat pemprosesan petroleum Petronas. Maklumlah, camera aku hanyalah compact camera dan bukanlah DSLR. So, enjoy the pictures!!!









03 May 2010

Berdikari

Hari ini aku berada di rumah cik Amna Zahira. Sudah 2 malam aku menapak disini. Bilik cik Amna dan Kak Hasya sudah berubah wajah, agak cantik disitu. Biasalah, sentuhan IKEA. Ala-ala kontemporari gitu. Seperti biasa, setiap kali aku bertandang ke mari, aku akan tidur dengan Kak Hasya. Tapi kali ini agak lain dan kekok sedikit kerana cik Amna berkobar-kobar nak tidur dengan kami. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Maka malam itu, aku, kak Hasya dan cik Amna tidur di bilik mereka yang baru dihias itu ditemani cahaya lampu incik kumbang dan cik bunga yang cantik. Sebenarnya aku agak terkejut apabila cik Amna menyuarakan kemahuan beliau untuk tidur bersama kami kerana beliau memang tidak boleh berpisah dengan mama beliau. Ketika dingin malam lembut menyapa tubuh ku dan aku sedang lena dibuai mimpi ngeri pada malam itu, tiba-tiba satu suara menyapa telinga ku.

'Mama,mama,mama.....kakak nak mama'

Baikkk~~... Cik Amna sudah menangis mencari mama beliau. Terus aku terjaga dan cuba memujuk cik Amna.

'Kakak, jangan lah menangis. Kakak kan dah besar, tak boleh tidur dengan mama lagi'

Tanpa menghiraukan pujuk rayu aku, terus cik Amna membuka pintu bilik dan menuju ke bilik mama beliau.

'Mama,mama...Kakak Amna rindu mama...Bukak lah pintu'

Dengan muka baru bangun tidur, mama beliau membuka pintu dan berkata kepada aku,

'Pukul 3 pagi memang diye akan bangun cari mama diye'

Aku ingat cik Amna sudah boleh berdikari selepas beliau balik dari camping hari tu. Adoiiiyyyaa (>_<)



p/s: Malam nie aku akan mengembara menaiki bas untuk pulang ke Terengganu....seronok nya!!

01 May 2010

Berapa perimeter KLCC?

Selesai sahaja mengemas barang-barang di atas meja study aku, aku terus bersiap untuk ke KLCC dengan Cik Snoopy dan Cik Farah. Tujuan kami adalah untuk melawat Sky Bridge. Kami mengambil teksi dan En Teksi men-drop-kan kami di depan ISetan. Memandangkan Cik Snoopy agak familiar dengan Petronas jadi aku hanya mengikut kemana beliau membawa kami. Entah macam mana Cik Snoopy boleh bawa kami mengelilingi KLCC untuk masuk ikut pintu depan sedangkan kami boleh je masuk ikut pintu ISetan terus. Kemudian kami terus menuju ke tempat jualan tiket Sky Bridge KLCC. Alangkah sedihnya kami apabila En Kaunter memberitahu kami bahawa tiket telah habis. Untuk tidak menghampakan kami, beliau menjemput kami untuk masuk ke ruang pameran. Jadi kami pergilah melihat pameran tentang KLCC di ruang pameran. Agak seronok juga bermain-main di sana. Tidak lama kemudian, En Kaunter datang menemui kami.

En Kaunter : Adik, pukul 5 ptg nanti bolehlah adik naik Sky Bridge. Free tak pukul 5 nanti?

Kami : Hmmm...pukul 5 tak boleh lah. Kami da nak balik nanti

En Kaunter: Kalau macam tu, pukul 1 boleh?

Kami : Memang boleh sangat lah.

En Kaunter : Nanti pukul 1 jumpa saya dekat depan kaunter ek.

Kami : Okey, terima kasih.


Jadi tertunailah niat kami untuk melawat Sky Bridge pada hari itu. Tepat jam 1 ptg, kami menuju ke kaunter danberjumpa dengan En Kaunter. Beliau menyuruh kami masuk melalui entrance ditemani seorang Cik Penjaga Pintu. Apa yang kelakarnya, kami terpaksa mengikuti rombongan budak-budak darjah 6 untuk melawat Sky Bridge. Semua orang ingat kami cikgu praktikal. Rasanya muka aku ni dah macam muka pembunuh. Macam mana dorang boleh fikir aku ni cikgu praktikal. Lebih kurang pukul 430ptg, kami sekali lagi mengelilingi KLCC dari pintu depan ke pintu ISetan. Memang sangat penat dan tahniah kepada kami bertiga kerana berjaya mengelilingi KLCC dan rasanya kami patut mengukur berapa perimeter KLCC yang sebenarnya. Adoiiyyyaa!!



p/s: Aku tidak berjaya melihat KTSN dari Sky Bridge kerana bangunan AmBank telah menghalang penglihatnku....huhuhuhu =(

TAHNIAH WAHAI AKU!!!!

Salam muhibbah semua

Sudah sekian lama tidak ku meng-update blog ku ini. Niat dihati ingin mencoret tentang tentang kehidupanku di K1 pada hari Jumaat baru-baru ini (semalam) akan tetapi niatku serta segala perancanganku untuk hari Jumaat terbatal dengan hanya satu panggilan yang aku terima pada jam 9 pagi Khamis.

Cik Alang : Salam. Bakpe mu angkat tepon takdi?

Cik Anjang : Aku tubek jak takdi. Bakpe mu tepon aku?

Cik Alang : Takdi uteh tepon cik lang..Mama long ye dok leh jage Mea n Leeya esok. Cik lang pulok ade kelah esok dari kul 9 pa kul 12. Carry mark aku rendoh dekpon untuk subjek ning so aku dok leh poteng r. Cik anjang abih doh exam kang?

Cik Anjang : Hoo..abih doh. Nok suruh cik angjang jage budok due orang tu ke?

Cik Alang : Gitu ah lebih kurang. Kekgi cik lang gi ambik cik anjang deh.

Cik Anjang : Weh..Barang dok kemah lagi ning. Malang-malang ah sket deh. Macang banyok je barang orang ning.

Cik Alang : Ooo...dakpe-dakpe, cik anjang siap kemas, tepon r ke cik lang.

Cik Anjang : Bereh boh. Assalamualaikum.

Cik Alang : Wa'alaikumussalam.


Okey, segala plan aku akan tergendala. Jadual aku untuk keluar dari K1 pada hari Sabtu terpaksa ditukar kepada hari Khamis malam. Barang-barang masih setia di dalam bilik J1010 tanpa diusik dan aku sudah berjanji dengan Cik Snoopy dan Cik Farah untuk ke KLCC pada jam 1130. Tanpa melengahkan masa, aku terus mengemas segala benda kat atas meja study aku dan aku berjaya menyiapkannya dalam masa 2 jam. Yang selebihnya aku siapkan pada sebelah malamnya dan aku berjaya meng-packing barang-barang aku dalam masa 2 jam lebih. TAHNIAH WAHAI AKU!!!!

p/s: Sangat banyak barang-barang aku sampai tak muat satu kereta Perdana.