Pages

26 September 2014

Berbeza masa

Waktu lampau yang berbeza
Dipercepat 1/2jam untuk masa hadapan
Sabah Sarawak dikekalkan waktunya
Bagi membawa Malaysia ke arah kemakmuran

KRONIK!!!

p/s: berehat di kampung

06 September 2013

Kawan

Rumah aku diserang makhluk berkaki empat. Rasa seperti mahu melompat-lompat. Begitu banyak rumah di kawasan itu,rumah aku juga mereka pilih sebagai tempat melepak untuk mengopak segala kotak. TENSION!!!

KRONIK!!!

p/s: Tak mau berkongsi ={

04 September 2013

Sedia

Kadangkala kita sibuk menyediakan apa yang ibubapa/anak kita mahu sehinggakan kita terlupa untuk menyediakan apa yang mereka perlu

26 August 2013

153

Tidak mampu mengalah

KRONIK!!!

24 August 2013

Senja

Waktu senja melambangkan siang mula berakhir. Begitu juga hidup manusia. Waktu tua menunjukkan usia yang kian senja

22 August 2013

Emas

Emas itu mahal
Kerana nilainya
Emas itu cantik
Kerana kemampuannya
Emas itu bahaya
Kerana kuasanya

Masa itu berharga
Kerana kesannya
Masa itu indah
Kerana kenangannya
Masa itu penting
Kerana kehadirannya

Mereka yang mampu menghargai sedetik masa akan berjaya merasai kehebatan seketul emas

KRONIK!!!

19 August 2013

Tiada yang kembali

Perasaan ini
Sama seperti semula
Tiada yang berubah
Tetap terasa gundah
Gundah untuk kembali
Ke tempat that's not belongs to me
Wahai roh
Masuklah ke dalam hati
Kembalilah ke dalam diri
Agar dapat ak meniti
Sisa hidup di sini

KRONIK!!!

Home Sweet Home

Feeling great as I reached my House but feeling sad as I leave my Home

KRONIK!!!

06 August 2013

Salam Aidilfitri

Mata tidak mampu untuk tutup
Jantung semakin berdegup kencang
Propanolol sekalipun tidak mampu menenangkan
Jiwa aku yang kian gemuruh
Akan tetapi
Aku suka perasaan ini
Kerana kecelaruan yang dirasai 
Mendekatkan aku dengan mereka

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


KRONIK!!!


p/s: mohonlah keampunan dari mereka selagi ada masa

30 July 2013

Diri

Nyawa yang dikurnia 
Bukan untuk dipersia
Jasad yang disewa
Bukan sekadar dilihat dengan mata

Hidup yang dinikmati
Bukan untuk bangga diri
Mati yang dijanji
Memang sentiasa menanti

Mengapa tidak pernah mensyukuri
Setiap bahagia yang dirasai
Bila ujian sentiasa dicurigai
Membuat manusia hilang nilai diri

Ingatlah hanya Dia yang Maha Berkuasa
Sentiasa berada di dada
Tidak pernah melupa
Pada hambaNya yang sentiasa leka

Jalan itu tidak pernah lurus


KRONIK!!!


p/s: Berapa harga pistol di Malaysia???????

10 March 2013

Tertinggal

Kalau kita lambat, masa akan tinggalkan kita
Terlalu cepat, masa akan berlalu
Ruginya manusia tanpa kita tahu
Kerana kita tidak pernah menghargai masa itu

Masa akan tetap tinggalkan kita
Tetapi memori bersama tetap dibawa
Rindu bukanlah ungkapan untuk dijiwai
Tetapi ia sebuah rasa yang perlu dihargai



KRONIK!!!



p/s: Haiiiilah hati.........

28 January 2013

Journey to the West

Tidak lama lagi aku akan berjalan ke Barat. Ingin melepaskan rindu tapi masih tidak mampu mengurangkan rindu aku pada mereka berdua. Kehidupan di sini tidaklah begitu susah. Sama saja seperti kehidupan aku semasa di UKM, tapi tanpa Cyclonians la. Aku akan tinggalkan segalanya di sini untuk sementara waktu. Bila aku kembali ke Timur nanti barulah aku kutip kembali segala cebisan-cebisan baru yang muncul dalam hidup aku ini.


Keseronokan duduk di tempat penumpang

KRONIK!!!



p/s: rindunyerrr kat budak2 itu...........

28 December 2012

Terkesima

Satu hari di kaunter pendispensan.

Pesakit : Doc, boleh cepat sikit?
Aku : Kenapa?
Pesakit : Bas sudah sampai, aku mau pulang.

Terkesima aku ketika itu kerana beliau sedang mendukung anak beliau yang baru sahaja lahir semalam. 

KRONIK!!!



p/s: Rindu Malaya~~~~

03 December 2012

Takut

Pagi tadi, di OPD.

Kawan A : Weh Kecik, kenapa ko?
Aku : Huh??
Kawan B : Asma, bakpo ni? Sapo ore pelik tu?
Aku : Huuuaarrghhh!!!!!!!!
*sesungguhnya tidaklah aku mengeluarkan suara sebegitu


KRONIK!!!


p/s: Ade gambo yang chantek tapi malas nak upload =p

30 November 2012

Jer-Nie

Hari ke-3 aku berada di Sabah tapi baru hari ke-2 aku ke Hospital Likas dan hari ke-1 aku mula kerja. Alhamdulillah segalanya lancar walaupun maghrib tadi aku hampir-hampir menitiskan air mata. Dapat rumah sewa dengan housemate yang awesome. Walaupun kecik tapi cukup lah untuk kami berdua. Rumah berdekatan dengan hospital (15minit menaiki kereta). Tapi aku kene naik bas. 30 minit JER, dekat NIE. 

KRONIK!!!


p/s: Tetibe rindu ngan kate-kate "Ape-ape JER lah you NIE"

08 November 2012

Berbeza tapi Sama

Anda

Ayang

Anjang
KRONIK!!!


p/s: pening gak jd haoswaif ni...pening pk menu 6x sehari...huhuhu

25 October 2012

Graduation

Dua tiga hari ini, laman Facebook aku penuh dengan gambar konvo rakan-rakan aku. Tidak kiralah dari UKM mahupun UTP. UTM juga baru sahaja selesai majlis konvokesyen mereke pada minggu lepas. Sebenarnya aku tertanya-tanya, "What's so special about graduation?". Lepas aku tengok gambar-gambar aku berkonvo baru aku sedar, sebenarnya bukan majlis konvokesyen itu yang istimewa tetapi perasaan selepas berkonvo dan kejadian-kejadian sebelum serta selepas berkonvo, itu yang lebih bermakna.

Sehari sebelum majlis konvo

Darwish senyuuuuuum ~


'Terkois'


Baju WAKIL ni xble tunjuk penuh sbb x nak org tiru design =p
KRONIK!!!



p/s: Esok Raya Aidiladha....ERK!!!

06 October 2012

Hilang

Hari ini baru aku tahu macam mana perasaan orang putus cinta. Terlalu sakit rasanya. Tapi menangis pun tiada guna. Jika itu sudah takdir-Nya.

"Ya Allah, jika ia masih milikku Engkau kembalikanlah. Jika tidak, Engkau gantikan dengan yang lebih baik darinya"

KRONIK!!!



p/s: bila sesuatu itu hilang dari genggaman, baru kita sedar akan kehadirannya. Q _Q

01 October 2012

Ketemu

Terima Kasih Ya Allah kerana menemukan ku dengan dirinya. Semoga beliau akan sentiasa bersama dalam perjalanan ini. Dunia & Akhirat. Amiin.

Enggan berpisah
KRONIK!!!



p/s: Hari yang meletihkan....pengsan @_@

25 September 2012

Menghitung Hari

"Kite tepoh catering je la"
"Umi larat lagi nok masok"

The Big Day is coming. Esok, 4 gerombolan akan tiba. Lagi 2 gerombolan akan pulang pada hari Khamis. DUA HARI kemudian perlu ucapkan SELAMAT TINGGAL.

Terowong Putra LRT aka Kelana Jaya Line
KRONIK!!!




p/s: Sibuk cari barang sampai lupa nak mendaftar...haaaiiishh!!!!!!!